Projek Sejarah Merdeka (E-Pembelajaran & Asas Ict)

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 17 Ogos 2019, bermula jam 9 pagi sehingga 11 pagi, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu aktiviti kepada komuniti sekitar Taman Malihah. Aktiviti ini diadakan di Bilik Latihan PI yang terdiri daripada pelajar sekolah. 'Tools' bengkel adalah menggunakan Kahoot Games.

Tujuan bengkel adalah:
 Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).
 Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.
 Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.
 Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Kelebihan dan kebaikan asas ICT:
 Teknologi maklumat dan komunikasi mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia.
 Kewujudan ICT dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).
 ICT juga dapat meningkatkan kemahiran berfikir kepada komuniti.

Bengkel ini juga terisi dengan teknik e-pembelajaran mengenai Sejarah Merdeka.
Ia bertujuan untuk memenuhi matlamat dalam mewujudkan sebuah negara dan penerapan elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam kurikulum untuk membentuk sebuah negara merdeka. Selain itu dapat melahirkan insan yang serba moden setara dengan zaman masa kini.

E-pembelajaran banyak mengajar dari segi kemahiran dan pengetahuan seperti dapat membantu pelajar dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks dan tulisan. Selain itu, boleh membantu mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan serta menjadikan lebih menarik.
Disamping itu juga, supaya pelajar lebih arif tentang komputer bagaimana mengendalikan ketika diberikan kerja kursus sekolah dan paling penting dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali